Thursday, May 30, 2013

Cukuplah Sabah Bagiku




 Tidak perlu bercuti ke luar negara kerana cukuplah Sabah bagiku....keindahan dan kekayaan alam semulajadinya sukar didapati di tempat lain.

Friday, May 25, 2012

Mengapa Ramai Melayu Suka Tinggal Di Australia?


MELBOURNE: Pendidikan lebih baik, peluang kerjaya cerah dan prospek perniagaan luas menjadi antara tarikan orang Melayu berhijrah dan menetap di Australia, kata seorang ahli akademik Malaysia yang berpejabat di sini.
Dr Ahmad Zaharuddin Sani, dari Universiti Malaya, yang kini merupakan Felo Kehormat di Institut Asia, University of Melbourne, memberitahu Bernama bahawa orang Melayu di sini adalah golongan profesional, yang meliputi kumpulan pengamal perubatan dan ramai juga terdiri daripada kerani, jurujual dan pekerja industri perkhidmatan.
Selain pelajar, kata beliau negeri Victoria sahaja mempunyai kira-kira 5,000 orang Melayu, dengan 75 peratus mereka adalah sama ada penduduk tetap atau warganegara Australia.
“Kumpulan terbesar orang Melayu berhijrah ke Australia adalah selepas 1981, sama ada di bawah program penyatuan semula keluarga atau menjadi penghijrah dalam bidang kemahiran atau perniagaan,” kata Dr Ahmad.

“Keadaan ini (penghijrahan orang Melayu) ekoran perubahan dasar yang membenarkan pelajar asing dengan sijil kemahiran dan kelayakan Australia memohon untuk lanjutan menetap di Australia.
“Ia mengizinkan lebih ramai orang Melayu mengambil peluang yang diberikan kerajaan Australia untuk melanjutkan masa menetap di sini sebelum memutuskan masa depan mereka. Terdapat juga beberapa orang Melayu yang niat asalnya untuk menyambung pelajaran dan kemahiran akhirnya terus menetap di sini,” katanya.
Dr Ahmad berkata ramai orang Melayu di sini terdiri daripada sebilangan jurutera dan sebahagian besarnya doktor dan pengamal perubatan yang datang ke Australia untuk melanjutkan pengajian.
Tertarik dengan bilangan orang Melayu berhijrah keluar Malaysia, Dr Ahmad melakukan penyelidikan untuk mencari punca penghijrahan itu.
Hasilnya lahirlah sebuah buku “Malays in Victoria” (Orang Melayu di Vitoria)yang pada asalnya dicadangkan oleh Zulkifli Ahmad, presiden Persatuan Orang Melayu di Victoria.
“Saudara Zul berkata saya sepatutnya menulis buku mengenai orang Melayu di Australia, terutamanya di Victoria.” Buku itu yang diterbitkan minggu lepas oleh Dr Hass Dellal, Pengarah Eksekutif Australian Multicultural Foundation di satu seminar yang diadakan di University of Melbourne.
Dr Ahmad, yang memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti Malaya dan Master of Theology dari University of Nottingham, berkata terdapat terdapat beberapa alasan mengapa orang Melayu meninggalkan tanah tumpah darah mereka lalu berhijrah ke negara lain seperti Australia.
Alasan itu, antara lain termasuklah dasar tidak adil yang hanya dinikmati sebilangan rakyat di negara asal, khususnya di Singapura; peluang pendidikan tinggi lebih baik bagi anak-anak mereka selain percuma dan pendidikan berkualiti; lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji dan suasana kerja lebih baik; faedah penjagaan kesihatan dan manfaat hospital kelas pertama serta jaminan masa depan untuk keluarga mereka di sebalik keturunan kaum mereka.
Namun, terdapat isu lain yang merunsingkan Dr Ahmad iaitu sebahagian orang Melayu di luar negara yang enggan menganggap diri mereka orang Melayu.
“Saya mempunyai seorang rakan Melayu yang memberitahu saya bahawa di Asia Tenggara mereka menganggap diri mereka Melayu tetapi di Australia dia adalah seorang Australia.
“Saya bersetuju bahawa istilah ‘Melayu’ ini mengelirukan sebilangan orang Melayu yang tidak mengetahui tentang kaum ini. Saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan tentang kategori perkauman atau identiti ini kepada mereka,” kata Dr Ahmad.
Tetapi sebenarnya, menjadi orang Melayu tidak langsung merendahkan martabat mereka, kata beliau.
“Kita seharusnya bangga dengan siapa kita ini… itulah yang menjadikan kita istimewa,” katanya.
Dr Ahmad berkata agama “tanpa mengira baik buruknya, adalah satu perkara utama orang Melayu”.
“Dalam politik Malaysia, ia menjadi satu keutamaan nasional. Oleh kerana masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan hubungan langsung dengan Islam, ini bermakna Islam berada dekat di hati dalam banyak konflik politik dalam negara,” katanya. – BERNAMA

Saturday, May 12, 2012

Bila Agaknya MKM Membina Kampus Tetap Di Sabah ?



Maktab Koperasi Malaysia bukanlah asing di kalangan anggota koperator. Keunggulannya menerajui pendidikan di dalam bidang koperasi sudah terbukti. Ramai anggota koperasi di sabah mengharapkan agar MKM menubuhkan kampus tetapnya di Sabah agar program Diploma dan Ijazahnya dapat dikembangkan di Sabah namun kesukaran mendapat tapak yang sesuai khabarnya menjadi penyebab kenapa hingga kini MKM masih lagi gagal menubuhkan kampus tetapnya di Sabah. 

Tuesday, February 7, 2012

Majlis Pertunangan




Kalau x ada duit ribuan ringgit x boleh buat semua ini...bukan mcm dulu harga barang cukup murah.

Thursday, February 2, 2012

10 Ciri Isteri Solehah

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Wednesday, November 30, 2011

UMNO eager to win Malaysians' support

KUALA LUMPUR: On the eve of the general assembly, Malaysian Prime Minister Najib Razak made no pretense that the coming general election will decide the future of UMNO which has ruled the country for over half a century.

"The next 10 years will be exciting, UMNO will be at the forefront... Together with our friends in BN, we are committed to bringing all races together. It's not just about malays but all Malaysians," said Mr Najib.

"The next election is very, very important for us to deliver the real transformation. We need to get reelected, we need to get the support of the people."

To do so, Mr Najib needs everyone in UMNO to put the party's interest first and support only candidates that can win.

Mr Ahmad Shabery Chik, Malaysia Youth and Sports Minister, said: "Everybody needs to do some adjustment. The liberals, the conservatives, the ultras and so on. At the end of the day, we have to deliver, in terms of winning back the seats that we lost in the last election, gaining back the people's confidence that this party is still on the right track, still relevant forever."

In his presidential address to delegates later this week, Mr Najib is likely to harp on Wasathiyah - an Islamic term for moderation - and urge party leaders to work hard to shed the arrogant and corrupt image which was blamed for UMNO's dismal showing in the last election.

Mr Razali Ibrahim, Deputy Youth Chief, UMNO, said: "We are not only concerned about retaining power... we would like the people to love us (and) we want the people to know that we are trying to build the country."

With 3.4 million members, UMNO's general assembly is keenly watched by the people.

Dr KJ John, columnist at malaysiakini said: "They have all been told to tone down. They won't show too much of anti-race or anti-religion issues at the general assembly."

UMNO appears to have ended the blame game and is eager to look forward with a new, reformed image.